6 Cafe Hipster yang best di Kota Bharu

 

1. Coffee Squad
Kalau datang Kota Bharu memang kena singgah ke Coffee Squad. Menu yang mesti dicuba adalah Waqyu dan Black Angus dan anda digalakkan untuk membuat tempahan awal iaitu 3 jam sebelum kedatangan anda ke cafe. Sekali test dijamin repeat lagi. Jangan fikir sini ada kopi je, ada banyak lagi menu lain antaranya Spaghetti, Buttermilk @ Salted Egg Chicken Rice, Nasi Daging Salai dan banyak lagi.
Ketahui maklumat lanjut Coffee Squad di: https://www.xpresszoom.com/listings/coffee-squad-2/

2. Klantanas Cowboy Cafe
Terletak di sama lorong utama dengan Sek Men Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Kota Bharu, Klantanas Cowboy Cafe menyajikan makanan sesuai untuk peminat bingsu, waffle dan western food. Cafe ini juga menyediakan ruang yang besar dan selesa untuk pelanggan yang ingin menyambut majlis harijadi, ulang tahun perkahwinan dan pelbagai lagi bersama dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang tersayang.
Ketahui maklumat lanjut Klantanas Cowboy Cafe di: https://www.xpresszoom.com/listings/klantanas-cowboy-cafe/ 

3. Kb Brewster
Merupakan kafe yang digemari oleh orang ramai kerana keenakan kopi yang kena dengan citarasa masing-masing. Kb brewster memberikan pelbagai pilihan buat penggemar kopi, antara yang terlaris ialah Kopi Beng biasa, Kopi Beng Butterscotch dan Kopi Beng Caramel. Bagi yang kurang gemar kopi, boleh cuba Mango Fraze dan Chocolate Frappe. Rugi tak cuba! Selain itu, makanan yang disediakan disini antaranya Spaghetti Bolognese, Meatball, Chicken Chop, pelbagai jenis kek dan pencuci mulut.
Antara cawangan Kb Brewster yang telah dibuka di Kelantan adalah Kota Bharu, Pasir Pekan, Gua Musang, Tanah Merah, Pasir Tumboh dan Kok Lanas.
Ketahui maklumat lanjut Kb Brewster (Kota Bharu) di: https://www.xpresszoom.com/listings/kb-brewster-2/

4. Kopi Mesin
Kopi Mesin merupakan antara kedai kopi hipster terawal yang bertapak di Kelantan. Salah satu kopi yang mendapat pemintaan ramai ialah Salted Caramel Frapuccino yang cukup lengkap rasanya dengan rasa karamelnya yang dijamin sedap! Tak lupa juga, Kopi Mesin menyajikan pelbagai hidangan barat serta pencuci mulut seperti Aglio Olio, Cheese Lam Grill, Nachos dan pelbagai lagi.
Antara cawangan Kopi Mesin di Kelantan yang telah dibuka adalah Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Puteh, Pasir Mas, Wakaf Che Yeh dan Tanah Merah.
Ketahui maklumat lanjut Kopi Mesin (Kota Bharu) cawangan di: https://www.xpresszoom.com/listings/kopi-mesin/

5. Kedai Kopi Lama
Kedai kopi lama sangat sesuai untuk bersantai-santai dan melepak bersama dengan rakan atau pasangan di waktu petang dan malam hari. Hiasan dalaman kedai pula berkonsepkan klasik dan lama sesuai dengan namanya jika anda naik ke aras satu kedai. Menu yang terkenal disini ialah Kopi Affgato , Chicken Chop, Steamboat dan pelbagai lagi.
Ketahui maklumat lanjut Kedai Kopi Lama di: https://www.xpresszoom.com/listings/kedai-kopi-lama/

6. Wan’s Cafe
Jikalau anda seorang penggemar makanan barat (western) dan ingin mencari cafe yang menyediakan saiz hidangan yang banyak dan murah, Wan’s Cafe lah jawapannya. Kedai ini terkenal dengan set SOHO iaitu set talam chicken chop berserta dengan Spaghetti. Harga yang ditawarkan oleh kedai ini pun murah berbanding dengan cafe yang lain. Selain itu, Set Combo Big Plate (2-3 orang), Jus Buah-buahan PIOR, Grilled Platter Cheese pun memang recommended jugak.
Ketahui maklumat lanjut Wan’s Cafe di: https://www.xpresszoom.com/listings/wans-cafe/

What are you interested in? Explore some of the best tips from around the city from our partners and friends.