Homestay yang ada private pool di seluruh Malaysia (Landed house)

1. Johor

OneRiimba Garden View Residence

Vila kolam dua tingkat kontemporari, cantik dan hangat dengan cahaya semulajadi. Vila Rimbun adalah terbaharu dan kehijauan kami dengan tema staycation Tema British (England) (mesra ECO) dengan Rumah terkenal untuk reka bentuk kontemporari RiCHLiNG. Dan yang paling penting, tempat ini sesuai untuk majlis aqiqah, akad nikah dan perkahwinan serta acara (sehingga 150 pax) dengan parking yang luas.

Maklumat lanjut OneRiimba Garden View Residence: https://www.xpresszoom.com/listings/oneriimba-garden-view-residence/

 

2.Kedah

Laman Bayu Homestay Alor Setar

Sebuah rumah homestay banglo 2 tingkat yang mempunyai 5 bilik tidur, serta dilengkapi kolam renang yang terletak di tengah Bandaraya Alor Setar. Nikmati kelainan penginapan berkonsepkan kehijauan desa yang nyaman dan mendamaikan.

Maklumat lanjut Laman Bayu Homestay Alor Setar: https://www.xpresszoom.com/listings/laman-bayu-homestay-alor-setar/

3.Kelantan

Umza Homestay

Sebuah rumah homestay yang terletak di Peringat, Kelantan  mempunyai 4 bilik tidur, dilengkapi sebuah kolam, BBQ pit dan lain-lain kemudahan yang boleh menempatkan seramai 16 hingga 20 tetamu.

Maklumat lanjut Umza Homestay: https://www.xpresszoom.com/listings/umza-homestay/

4.Terengganu

Shafickza Guesthouse

Shafickza Guesthouse merupakan homestay yang bertemakan American Style dan mempunyai 2 buah kolam mandi persendirian dengan kedalaman 2 kaki dan 3 kaki. Juga dilengkapi dengan 3 bilik tidur yang berdingin hawa, kelengkapan untuk memasak di dapur dan bbq. Apa yang istimewanya, homestay ini berdekatan dengan Jeti Pulau Redang (Ferry) dan Jeti untuk menaiki Private Boat Cruise bagi melihat Jambatan Angkat Kuala Terenganu.

Mkalumat lanjut Shafickza Guesthouse: https://www.xpresszoom.com/listings/shafickza-guesthouse/

5.Pahang

Have2

Have2 adalah sebuah villa persendirian yang diubah menjadi sebuah kenangan manis bagi sesiapa yang datang menginap di sini. Ia bakal menjadi tempat percutian yang terbaik di Kampung Janda Baik, Pahang dimana sesuai untuk menjadi tempat percutian hujung minggu bersama rakan/keluarga dimana boleh memuatkan tidak lebih daripada 20 pax. Villa ini mempunyai 6 bilik tidur, 4 tandas, kolam persendirian, kolam ikan, ladang mini, BBQ pit dan pelbagai aktiviti bersama yang tersayang disediakan.

Maklumat lanjut Have2: https://www.xpresszoom.com/listings/have2/

6.Perlis

Dusun Rizqi

Merupakan Penginapan Homestay Villa Dusun Rizqi Changlun Kodiang yang berkonsepkan suasana kampung dan mempunyai kolam renang di Changlun, Kedah. Jauh dari kesibukan bandar dan kota. Berkonsepkan ala kampung. Dikelilingi pokok-pokok buah2an yang menghijau. Tenang, nyaman dan aman. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Dalam erti kata lain dapat menghilangkan stress dan relakskan minda kerana penat bekerja. Mempunyai 2 bilik tidur yang berhawa dingin, ruang parking muat untuk 8 biji kereta dan pelbagai permainan Tradisional Moden disediakan

Maklumat lanjut Dusun Rizqi: https://www.xpresszoom.com/listings/dusun-rizqi/

7.Perak

Damai Anggun Villa Resort & Holiday Home

Merupakan vila dua tingkat dengan kemudahan lengkap terdiri daripada 3 bilik, 2 bilik chalet, dewan keluarga, dapur luar, surau, kolam renang, tandas luar dan bilik mandi, dapur BBQ dan gazebo untuk percutian dan perjumpaan keluarga atau berkumpulan anda yang santai. Boleh memuatkan 5-6 keluarga (20 – 30) pax.

Maklumat lanjut Damai Anggun Villa Resort & Holiday Home: https://www.xpresszoom.com/listings/damai-anggun-villa-resort-holiday-home/

8.Negeri Sembilan

Garden Hills Homestay Private Pool

Garden Hills Homestay Private Pool double story semi-d ini terletak di Pajam Nilai N9, mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Homestay ini hanya menerima tetamu muslim sahaja dan dapat memuatkan seramai 10-12 orang termasuk kanak-kanak. Dilengkapi dengan kolam mandi persendirian dewasa dan kanak-kanak, set BBQ, kelengkapan memasak dan ruang dapur basah dan juga kering.

Maklumat lanjut Garden Hills Homestay: https://www.xpresszoom.com/listings/garden-hills-homestay-private-pool/

9.Melaka

Ziyad Stellar Guest House

Ziyad Stellar Guest House yang terletak di Ayer Keroh, Melaka mempunyai konsep minimalis moden dengan kelengkapan kolam renang peribadi yang bakal menjanjikan keseronokan kepada penghuninya. Hanya kira-kira 5 minit pemanduan dari Susur Keluar Tol Ayer Keroh. Mempunyai 5 bilik berpenghawa dingi, ruang tamu yang luas, kolam renang sesuai unutk golongan dewasa dan kanak-kanak dan permainan kluarga Dart, gitar, congkak & carom juga disediakan.

Maklumat lanjut Ziyad Stellar Guest House: https://www.xpresszoom.com/listings/ziyad-stellar-guest-house/

10.Selangor

Teratak Sofea

Teratak Sofea adalah koleksi rumah yang menawarkan percutian kampung terapi dengan semua kemudahan moden yang anda perlukan. Terdiri daripada 3 rumah – Rumah Ibu Mertuaku, Rumah Anak Bapak dan Rumah Masam2Manis – setiap rumah dilengkapi bukan sahaja dengan satu tetapi dua kolam renang peribadi, satu yang lebih besar untuk orang dewasa dan satu lagi yang lebih kecil untuk kanak-kanak.

Maklumat lanjut Teratak Sofea: https://www.xpresszoom.com/listings/teratak-sofea/

11.Pulau Pinang

Inap Abah

Homestay Inap Abah ini terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, menyediakan penginapan yang selesa dengan suasana kampung serta dilengkapi kolam renang persendirian untuk keluarga anda nikmati. Inap Abah mempunyai 2 rumah berkembar iaitu Rumah Azam (3 bilik) dan Rumah Amal (2 bilik). Tetamu boleh memilih untuk menginap di salah sebuah rumah yang di sediakan. Rumah yang bersebelahan dengan tempat penginapan tetamu akan dikosongkan untuk menjaga privasi tetamu.

Maklumat lanjut Inap Abah: https://www.xpresszoom.com/listings/inap-abah/

12.Sabah

Lattice

Homestay Lattice terletak di bandar Tawau, Sabah yang dilengkapi dengan 3 bilik, 2 tandas dan memiliki kolam renang persendirian untuk riadah bersama keluarga tercinta. Homestay ini mempunyai 3 pakej iaitu Stay & Relax, Stay & Pool, Nap & Pool.

Makluma lanjut Lattice: https://www.xpresszoom.com/listings/lattice/

13.Sarawak

Homestay Aidin II@Sri Maya

Homestay Aidin II ini bertempat di Taman Sri Wangi, Kuching, Sarawak. Dilengkapi dengan kolam renang persendirian dan 3 bilik tidur, sesuai untuk berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga sambil ber-BBQ.

Maklumat lanjut Homestay Aidin II@Sri Maya: https://www.xpresszoom.com/listings/homestay-aidin-iisri-maya/

What are you interested in? Explore some of the best tips from around the city from our partners and friends.